Friday 11 March 2011

Suatu Masa Dahulu

Suatu masa dahulu aku pernah menyayangi dia...
Sayang yg teramat sgt....
Sanggup berkorban ape sahaja utk dia....
Sanggup hidup susah bersama-sama...
Sanggup tempuh ape sahaja halangan yang mendatang....
Tapi sekarang hati aku dah tak merasai apa-apa pun....
Makin hari makin kosong.....
Yang tinggal hanya luka......

Suatu masa dahulu aku ingatkan dia mmg jodoh aku bile aku jmpe dia kembali.....
Ingatkan pertemuan itu dapat menyambung kembali ape yang telah terputus....
Setahun aku bersama dengan dia....
Walaupun hati aku asyik terluka dengan perbuatan dia....
Tapi aku tetap bersabar dengan harapan dia akan berubah...
Macam pertama kali aku mengenali dia....
Tapi aku silap...
Rupa-rupanya dia tak pernah berubah....
Dia tetap dengan ego dan keinginannya...
Peluang yang aku bagi tak pernah dihargai langsung.....

Suatu masa dahulu aku takut kehilangan dia...
Aku takut aku tak boleh hidup tanpa dia....
Tapi sekarang aku harap dia dapat melepaskan aku dengan rela hati....
Merelakan aku pergi jauh dari hidupnya.....
Dan merelakan aku hidup dengan duniaku sendiri.....
Kerana aku bukan lagi seperti suatu masa dahulu....
Kerana hati aku bukan lagi milik dia.....

2 comments: